Isnin, 16 Januari 2012

Filem Malaysia 2011


KAGUM!!!! Itu kata-kata yang aku boleh ungkapkan. Aku memang peminat filem tempatan. Tapi sebelum nak masuk panggung, aku kena tengok review dari orang ramai tentang filem yang aku nak tengok tu. Kadang-kadang filem melayu ni ada jugak yang menghampakan.

     Tahun 2011 dah melabuhkan tirai. Apa yang dapat dilihat, tahun 2011 banyak mencatatkan kutipan filem yang meletop!!!! Antaranya KL Gangster yang mencatat sejarah sebagai filem kutipan paling tinggi iaitu sebanyak 11.74juta (mungkin lebih). Angka ini tak pernah dicatat oleh filem-filem melayu sebelum ini. Tahun 2011 jugak, terdapat banyak filem yang menduduki tangga top 20 (berdasarkan carta top 20 finas). Top 10 saja, 6 filem sudah dicatat pada tahun 2011 iaitu KL Gangster (Skop Production Sdn. Bhd.), Ombak Rindu (Astro Shaw/Double Vision), Hantu Bonceng (Excelent Pictures Sdn. Bhd.), Kongsi (MIG Production Sdn. Bhd.), Khurafat (Skop Production Sdn. Bhd.) dan Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studio Sdn. Bhd).

     Ada jugak filem yang best bagi aku tapi kutipan kurang memberansangkan. Antaranya Cun (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.), Tolong Awek Aku Pontianak (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.), Misteri Jalan Lama (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.) dan Aku Bukan Tomboy (Skop Production Sdn. Bhd. Tak tahu la macam mana orang terlepas pandang filem macam ni terutama sekali Misteri Jalan Lama yang aku anggap lain dari yang lain. Tak sama macam filem melayu yang lain. Bila aku tengok balik filem Cun, Tolong Awek Aku Pontianak dan Misteri Jalan Lama dari produksi Tayangan Unggul Sdn. Bhd.) Mungkin kurang promosi kot. Kebanyakan filem dari Tayangan Unggul Sdn. Bhd. memang best-best tapi tak tahu di mana silap filem ni dapat kutipan yang tak memberansangkan.


Menjelang tahun 2012, pasti banyak filem-filem yang akan dapat  kutipan pecah panggung. Antara yang dijangka Azura, Cinta Kura-Kura, Adnan Sempit 2, KL Gangster 2, Hanyut, Husin Mon dan Jin pakai toncit dan SeefoodKita tunggu dan lihat!!!


                    Pilihan filem tahun 2011 :
                    
                    Komedi : Raya Tak Jadi
                    Aksi      : KL Gangster
                    Cinta     : Ombak Rindu
                    Fantasi  : Misteri Jalan Lama
                    Seram    : Al-Hijab
          
         Filem Paling Best :  Tolong Awek Aku Pontianak
         Filem Paling Rugi :  Momok Jangan Panggil Aku
         aku tengok

Sabtu, 7 Januari 2012

NOVEL : Andai Itu Takdirnya

Aku memang jenis yang tak suka baca novel. Novel terakhir aku baca dulu pon, masa  tingkatan 5 bertajuk 'perlumbaan kedua'. Tu pon sebab masuk SPM. Penat la nak baca buku yang tebal-tebal macam tu. Lagipun tak ada masa sangat. Waktu kat kolej dulu, aku ada seorang kawan yang memang kaki novel. Banyak jugak koleksi novel yang dia kumpul. Dia ada syorkan aku baca novel tapi waktu tu aku sangat-sangat tak berminat. Ingat lagi, masa tu dia ada suruh aku baca novel 'ombak rindu' tapi aku tolak. Dia cakap novel tu best sangat. Dan kini, novel tu diangkat ke layar perak. Mulai detik tu, aku terasa sangat nak baca novel tu memandangkan sambutan yang sangat hangat.


cover lama

cover terbaru

     Ternyata novel ni memang best. Mampu menjentik hati pembaca. Bermula dari itu, minat membaca novel timbul. Seterusnya, aku cuba try nak baca novel lain pulak. Novel kedua yang aku baca bertajuk 'andai itu takdirnya' ditulis oleh Siti Rosmizah.

cover buku 'Andai Itu Takdirnya'

     Hasil karya dari Siti Rosmizah ni pon tak keterlaluan aku cakap sangat best. Aku malas la nak komen banyak sebab masih baru dalam pembacaan novel ni. Yang pasti novel ni berjaya membuat air mata aku gugur(jiwang la pulak). Penulis dianggap berjaya sebab dapat membuat watak-watak dalam tu timbul, terutama sekali watak Sharifah Emilin yang gedik & cuba merampas Syed Azril daripada Aleya sehingga membuat pembaca menyampah. 

Aku bagi sinopsis penuh yang diambil dari Good Reads:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatar belakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Pada kawan-kawan lain yang nak try baca novel, beli la novel ni. Aku rasa tak rugi pon sebab novel ni memang best. Masa nak beli hari tu banyak kedai cakap stok habis. Novel aku ni pon cetakan yang ke-15. Aku nak cadangkan, kalau novel ni diangkat kelayar perak mesti meletop punya macam ombak rindu tapi lebih menarik di dramakan. Selamat Membaca!!!!!

Selasa, 3 Januari 2012

Rumahku Syurgaku

     Ingat lagi masa study dulu. Bila masuk semester je, tak sampai sebulan pon dah teringat kat rumah. Ni kan pulak 5 bulan nak terperap kat kolej, lagi la rindu kat rumah. Masa sekolah dulu ada la mak & ayah aku hantar masuk asrama tapi tak la rindu sampai tahap macam tu. Bila difikirkan balik, mungkin masa kat sekolah dulu rumah dengan sekolah dekat je, dalam setengah jam macam tu. Jadi boleh la balik tiap-tiap minggu.Tapi bila masuk kolej ni , agak berjauhan dengan rumah. So, tu yang jadi rindu tu. Hehe....

     Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku suka sangat balik rumah bila baca blog aku ni. Bila berjauhan sikit, rindu kat rumah tu tiba-tiba jer datang. Mengalahkan pompuan je. Tapi yang aku cakap ni memang hakikat yang terjadi kepada remaja lelaki yang meningkat dewasa. Golongan macam ni kan (remaja lelaki) lebih banyak suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan kat luar tu. Kalau balik rumah pon sekejap je. Tu pon sebab nak mandi, makan nasi dan bersolat, lepas tu keluar balik. Betul tak??sorry la...bukan nak mengata pun. Lagipun aku lelaki, termasok dalam katogeri ni jugak. Tapi aku lebih suka berada di rumah daripada luar. Nak cakap jenis terperap dalam rumah & tak suka bersosial, tak jugak. Dengan kawan-kawan selalu gak lepak.

     Antara perkara-perkara yang menyebabkan aku suka sangat balik rumah, sebab rumah aku tu ada penghuni yang menyayangi aku. Maksud aku 'my family' laa. Huhu...wat 'suspen' jew. Tapi memang betul pon. Kalau lama sikit tak ada kat rumah, dorang mesti akan tanya bila nak balik. Tambah-tambah adik bongsu aku. Jadi ada sikit rasa terharu. Seolah-olah kita rasa seperti diperlukan oleh ahli keluarga. Bila lama tak balik, tibanya sampai kat rumah rasa disambut sangat, macam 5 tahun tak balik (padahal 5 bulan je). Mak 'of coz' akan masak lauk yang sedap-sedap. Hehe...

'My family'. Adik aku yang baju oren tu dah kawin.
So tinggal la kami 4 beranak.

     Rumah aku tak la cantik sangat tapi disebabkan rumah aku berada kat kawasan perkampungan, jadi keadaan tu dapat ditutup dengan suasana kampung yang indah. Suasana kampung memang mengasyikan. Tambah-tambah waktu pagi. Tak payah nak gi bercuti jauh-jauh semata-mata nak mencari ketenangan.

Halaman rumah


     Rumah aku dikelilingi dengan rumah saudara-mara. Jadi, tak sunyi sangat la kat persekitaran rumah aku. Bila masuk study pon tak la risau sangat nak tinggal mak sorang-sorang. Yer la kan, aku study jauh, adik nombor dua dah kawin dan ikut husband dia, adik nombor 3 pulak sekolah & ayah pulak bekerja. Bila masa cuti semester pon aku tak la boring sangat. Boleh main dengan sepupu aku yang kecil-kecil tu.

     Bila 'stress' aku tak payah nak lari jauh-jauh mencari ketenangan. Kat rumah aku dikelilingi oleh pemandangan yang indah. Depan rumah menghadap bukit yang dinamakan Bukit Jenun. Sebelah tepi rumah ada sungai besar & belakang rumah dikelilingi sawah padi. Masa padi tengah menghijau, fikiran akan jadi tenang dan masalah tiba-tiba lenyap bila melihat pemandangan ciptaan tuhan yang sungguh indah. Pemandangan yang indah bila sawah padi dihiasi dengan keindahan Gunung Jerai. 

pemandangan di belakang rumah
                                                 
pemandangan tepi rumah

pemandangan waktu senja

waktu lepas hujan
waktu matahari nak terbenam

waktu mendung


waktu ni ada pelangi tapi kurang jelas


     Apa-apa pon aku bersyukur dapat tinggal dan menetap dikawasan yang aku suka. Syukur jugak yang mana aku teringatkan rumah yang aku sayang sekaligus keluarga aku. Bukannya apa, nak cerita jugak pasal pengalaman aku tentang kawan baik aku. Dia tak suka balik kat rumah dia. Aku pon tak faham sangat apa masalah dia tapi yang pasti masa study dulu dia tak balik rumah dia masa cuti semester. Dia lebih suka menghabiskan masa cuti dengan pergi kerumah kawan-kawan lain (rumah aku pon dia selalu datang). Macam 7 hari lagi cuti semester nak habis baru dia balik rumah dia tapi apa yang aku dapat nampak dia tak suka balik rumah. Alhamdulillah, aku tak macam tu. Aku kalau tak balik rumah rasa hidup ni macam tak kena tanpa berjumpa dengan 'family'. Pulanglah ke rumah. Keluarga kita sangat memerlukan kita. Tambah-tambah ibu bapa yang dah semakin meningkat umur. Ada anak-anak depan mata lagi menggembirakan mereka. Akhir kata "Rumahku Syurgaku".