Actually tahun 2011 tidak ada apa yang menarik sangat pon bagi aku. Lagipun azam 2011 pon belum tertunai. Tahun ni pon lebih banyak 'kepahitan' dari 'kemanisan'. Boleh la aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku tahun ni.....
Corat-coret 2011 :
- Tahun ni ''tahun bergaduh'' bagi aku iaitu salah satu 'kepahitan' yang aku maksudkan. Kalau dengan kawan biasa aku tak kisah sangat, tapi dengan kawan baik aku (sehidup semati). Tuhan tu maha berkuasa yang mana DIA satukan kami kembali setelah beberapa bulan tak bertegur sapa.
teman sehingga ke akhir hayat |
- Tahun ni juga adalah semester terakhir aku (Jun 2011). Sebenarnya, aku ada 2 perasaan waktu nak habis study iaitu gembira & sedih.
GEMBIRA : Saat-saat yang paling ku tunggu sebab aku dah tak tahan. Terasa begitu terseksa untuk menggenggam satu diploma. Aku suka belajar tapi belajar dengan orang yang penuh dengan kesempurnaan sangat menyeksakan. Tambah-tambah dengan persekitaran & kemudahan yang sangat daif.
SEDIH : Sebab berpisah dengan kawan-kawan yang aku sayang. Walaupun tempoh pengajian hanya 3 tahun, persahabatan yang terjalin sangat erat. Lagi satu sedih meninggalkan hostel kesayangan aku yang ku jaga dari mula masuk sehingga tamat pengajian. Setiap inci pelusuk kelantan merupakan kenangan aku. Tambah-tambah di bandar Tanah Merah.
- Dapat melakukan "final presentation" dengan baik. Aku pon tak percaya aku boleh buat. Kalau dah dapat pujian dari lecturer & kawan-kawan, sapa yang tak happy kan?hehehe.
- Dapat tempat klinikal paling best sekali. Sepanjang pengajian 3 tahun, tahun ini dapat tempat klinikal yang paling terbaik iaitu di Hospital Machang. Tempat penginapan pon "terbaik dari ladang".
Last Day at Hospital Machang |
- Dapat anak menakan (anak saudara) pada 24 November 2011 dan secara automatik bergelar paklong pada usia 22 tahun. Diberi nama Nur Amira Umairah Binti Mohd Akhbar. Mengalami komplikasi semasa kelahirannya. Terpaksa ditahan selama 1 bulan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
![]() |
ketika masih dalam balang |
![]() |
bersama papanya |
- Dari 3 ekor kucing yang aku pelihara, 2 ekor dah mati. Lebih menyakitkan, kucing kesayangan aku mati akibat diracun. Harap-harap orang itu akan mendapat pembalasan yang setimpal atas perbuatannya. Walaupun mereka binatang tetapi mereka makhluk yang hidup diatas muka bumi tuhan jugak. Mereka tak berhak menerima penganiyaan sebegini.
![]() |
Namanya Mone. Bulu macam harimau cuma color hitam je dan yang pertama mati dulu |
![]() |
Ni namanya comel. Paling lincah sekali. Antara 3 ekor, ni yang paling nakal dan paling comel. Mati selepas 3 hari kematian Mone. |
![]() |
Antara 3 ekor, ni yang paling teruk sekali kena racun. Dijangka paling awal mati tapi yang ni la masih kekal dengan kami. Peneman dikala sepi. Namanya Tony dan paling manja. |
Inilah sedikit sebanyak coretan 2011 dari aku. Nak letak lebih-lebih pon banyak yang agak 'private' tapi ada la jugak untuk dikongsikan. Lagi pon malas nak taip jugak. Hehehe....semoga tahun depan akan menjadi lebih baik. Jika ditanya apa azam aku untuk 2012, jawapannya untuk menunaikan azam 2011 yang belum tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan