KAGUM!!!! Itu kata-kata yang aku boleh ungkapkan. Aku memang peminat filem tempatan. Tapi sebelum nak masuk panggung, aku kena tengok review dari orang ramai tentang filem yang aku nak tengok tu. Kadang-kadang filem melayu ni ada jugak yang menghampakan.
Tahun 2011 dah melabuhkan tirai. Apa yang dapat dilihat, tahun 2011 banyak mencatatkan kutipan filem yang meletop!!!! Antaranya KL Gangster yang mencatat sejarah sebagai filem kutipan paling tinggi iaitu sebanyak 11.74juta (mungkin lebih). Angka ini tak pernah dicatat oleh filem-filem melayu sebelum ini. Tahun 2011 jugak, terdapat banyak filem yang menduduki tangga top 20 (berdasarkan carta top 20 finas). Top 10 saja, 6 filem sudah dicatat pada tahun 2011 iaitu KL Gangster (Skop Production Sdn. Bhd.), Ombak Rindu (Astro Shaw/Double Vision), Hantu Bonceng (Excelent Pictures Sdn. Bhd.), Kongsi (MIG Production Sdn. Bhd.), Khurafat (Skop Production Sdn. Bhd.) dan Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studio Sdn. Bhd).
Ada jugak filem yang best bagi aku tapi kutipan kurang memberansangkan. Antaranya Cun (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.), Tolong Awek Aku Pontianak (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.), Misteri Jalan Lama (Tayangan Unggul Sdn. Bhd.) dan Aku Bukan Tomboy (Skop Production Sdn. Bhd. Tak tahu la macam mana orang terlepas pandang filem macam ni terutama sekali Misteri Jalan Lama yang aku anggap lain dari yang lain. Tak sama macam filem melayu yang lain. Bila aku tengok balik filem Cun, Tolong Awek Aku Pontianak dan Misteri Jalan Lama dari produksi Tayangan Unggul Sdn. Bhd.) Mungkin kurang promosi kot. Kebanyakan filem dari Tayangan Unggul Sdn. Bhd. memang best-best tapi tak tahu di mana silap filem ni dapat kutipan yang tak memberansangkan.
Menjelang tahun 2012, pasti banyak filem-filem yang akan dapat kutipan pecah panggung. Antara yang dijangka Azura, Cinta Kura-Kura, Adnan Sempit 2, KL Gangster 2, Hanyut, Husin Mon dan Jin pakai toncit dan Seefood. Kita tunggu dan lihat!!!
Pilihan filem tahun 2011 :
Komedi : Raya Tak Jadi
Aksi : KL Gangster
Cinta : Ombak Rindu
Fantasi : Misteri Jalan Lama
Seram : Al-Hijab
Filem Paling Best : Tolong Awek Aku Pontianak
Filem Paling Rugi : Momok Jangan Panggil Aku
aku tengok
Menjelang tahun 2012, pasti banyak filem-filem yang akan dapat kutipan pecah panggung. Antara yang dijangka Azura, Cinta Kura-Kura, Adnan Sempit 2, KL Gangster 2, Hanyut, Husin Mon dan Jin pakai toncit dan Seefood. Kita tunggu dan lihat!!!
Pilihan filem tahun 2011 :
Komedi : Raya Tak Jadi
Aksi : KL Gangster
Cinta : Ombak Rindu
Fantasi : Misteri Jalan Lama
Seram : Al-Hijab
Filem Paling Best : Tolong Awek Aku Pontianak
Filem Paling Rugi : Momok Jangan Panggil Aku
aku tengok